AKTIVITI
Seminar kerjaya beri maklumat terkini

Seminar kerjaya beri maklumat terkini

Oleh ABD RAZAK OSMAN


RAZALI Abd Rashid (duduk tengah) bersama jawatankuasa penganjur dan pelajar-pelajar yang menyertai seminar kerjaya di SMK Seberang Jaya, Bukit Mertajam baru-baru ini.

SERAMAI 80 pelajar tingkatan empat dan lima Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seberang Jaya, Pulau Pinang mengikuti seminar kerjaya di Dewan Seroja sekolah itu, baru-baru ini.

Seminar itu anjuran Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Seberang Jaya dengan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan daerah

Seberang Perai Tengah (SPT).

Tujuan diadakan seminar begini ialah untuk memberi maklumat terkini yang wajar diketahui oleh pelajar-pelajar sebelum mereka merancang masa depan diri sendiri.

Penyelaras program itu, Zainuddin Saad berkata, sesetengah daripada pelajar tidak begitu ambil berat mengenai perkara tersebut.

"Selepas mereka menamatkan persekolahan, mereka boleh melakukan sesuatu yang lebih menarik untuk memperbaiki diri

sendiri," katanya.

Beliau berkata, tidak semua pelajar berpeluang mengikuti seminar seumpama ini.

"Kita mahu pelajar sekolah menengah mempunyai semangat juang tinggi dalam meningkatkan pencapaian akademik," kata beliau lagi.

Terdahulu, Pegawai Belia da Sukan daerah SPT, Razali Abd Rashid berkata, ceramah diadakan diharap pelajar mampu memilih kerjaya yang terbaik selepas ini.

"Yang penting, belajar bersungguh-sungguh dari sekarang dan tanpa tanpa ilmu seseorang sukar membuat perubahan hidup," katanya.

Sijil kepada peserta disampaikan oleh Penolong Kanan Hal Ehwal Murid SMK Seberang Jaya, Norizah Osman.

DAFTAR MASUK
Nama Pengguna :  
Kata Laluan :
IKLAN@TUTOR
Pakej Pembelajaran Online
Elab
Utusan Online
USIK-USIK
CARIAN