BERITA
SMT JB tubuh kelab radio

SMT JB tubuh kelab radio

Oleh RAJA JAAFAR ALI


ADAM Sumiru ditemuramah oleh DJ Norfiona Rosli (kanan) dan Nadilah Hisham sempena pelancaran Kelab Media Radio Sekolah (KEMRADS) di SM Teknik Johor Bahru, Johor baru-abru ini.

"SELAMAT pagi para pendengar sekelian, jangan lupa buat kerja rumah dan baca buku''. Begitu suara yang berkemundang di Sekolah Menengah Teknik Johor Bahru (SMTJB).

Suara penyampai radio sekolah SMATEK.FM itu membuatkan para pendengar tertanya tanya siapa yang empunya suara tersebut.

Ternyata suara milik Norfiona Rosli, 17, itu membuatkan para pendengar terutama pelajar-pelajar sekolah yang sedang berehat memasang telinga untuk mengetuai rancangan yang dikeudarakan.

Dalam temuramah pertama, pelajar tersebut dengan beraninya telah menemuramah Ahli Dewan Undangan Negeri kawasan Tanjung Puteri Adam Sumiru didalam konti studio dengan ditemaninya seorang lagi penyampai radio iaitu Nadilah Hisham, 17, serta juruteknik Nabilah Rosdi, 17.

Radio sekolah tersebut yang dirasmikan oleh Adam Sumiru tersebut bakal dijadikan program berteraskan pendidikan dan pembelajaran bagi mendidik pelajar-pelajar mengenai peranan media dalam membentuk pemikiran dan budaya kerja berpasukan.

Beliau turut menyumbangkan sebanyak RM20,000 bagi tujuan penyediaan konti untuk Kelab Media Radio Sekolah (KEMRADS).

Guru penyeleras SMATEK.FM Nordiana Hani berkata konsep radio sekolah lebih kepada pendidikan disamping menyiarkan lagu-lagu masa kini.

``Para pelajar yang bertugas dikonti dihadkan pada waktu rehat saja selama setengah jam dan pada masa itulah pelajar akan menyampaikan beberapa topik yang bersesuaian dengan konsep radio sekolah,'' katanya kepada Utusan.

Menurutnya setiap kumpulan terdiri dari lima orang iaitu seorang penerbit, juruteknik, dua orang penyampai radio manakala seorang penyampai berita.

Sementara itu Pengetua Sekolah Hamsi Jamhari berkata, dengan adanya KEMRADS ini para pelajar dapat mempelajari sesuatu yang dapat membantu mempertingkatkan budaya kerja berpasukan dan berani menyampaikan

Bagi Norfiona Rosli yang menjadikan Farah Fauzana sebagai idolanya, menyifatkan dirinya sungguh bertuah kerana terpilih menjadi sebahagian dari warga SMATEK.FM.

``Pertama kali memulakan tugas di konti memang rasa berdebar tetapi setelah mendapat tunjuk ajar dari cikgu dan rakan-rakan rasa berani dan gementar hilang,'' jelasnya.

Menurutnya jadual SMATEK.FM bermula setiap hari kecuali hari sabtu dan ahad hanya pada waktu rehat selama setengah jam.

Setiap hari penyampai radio akan memyampaikan beberapa topik berkaitan pelajaran yang disediakan oleh guru sementara pada hari khamis merupakan topik bebas dan jumaat pada pendengar akan disajikan dengan tazkirah serta lagu-lagu nasyid kontemporari.

DAFTAR MASUK
Nama Pengguna :  
Kata Laluan :
IKLAN@TUTOR
Pakej Pembelajaran Online
Elab
Utusan Online
USIK-USIK
CARIAN