Leca dan Lecah 30/07/2010 10:56am
Leca dan lecah ialah perkataan bahasa Melayu. Tahukah anda akan maksud perkataan-perkataan tersebut?
Kata Adjektif Berpelengkap 28/07/2010 3:09pm
Benarkah ada kata adjektif berpelengkap? Apakah pengertian pelengkap?
Maksud Kata Ganda 27/07/2010 11:52am
DALAM keluaran yang lalu telah saya bicarakan kata ganda dari segi bentuk dan jenisnya. Pada kali ini akan dihuraikan pula maksud kata ganda itu. Sebelum itu, marilah kita imbas kembali definisi kata ganda.
Kata Majmuk Endosentrik 09/07/2010 10:45am
PEMAJMUKAN merupakan satu proses membentuk perkataan dengan cara menggabungkan dua atau lebih perkataan, dan perkataan baharu yang terbit daripadanya membawa konsep atau makna yang berlainan daripada makna asal perkataan-perkataan. Contohnya, beg tangan berbeza makna daripada beg dan tangan, kereta api berbeza maknanya daripada kereta dan api, setiausaha berbeza maknanya daripada setia dan usaha.
Perihal Bahasa 01/07/2010 11:50am
BAHASA ialah penyatuan sistem lambang-lambang bunyi yang digunakan sebagai wahana perhubungan untuk menyatakan fikiran, perasaan dan tujuan dalam lingkungan kelompok manusia. Daripada perkataan bahasa dapat diterbitkan beberapa banyak ungkapan tertentu. Ungkapan-ungkapan ini mengandungi pengertian khusus bagi menyatakan sesuatu pula.
Anggapan dan Tanggapan 25/06/2010 4:52pm
PEMILIHAN kata yang tepat bagi menggambarkan maksud sesuatu perkataan sangat penting. Sekiranya tersalah pilih, maka lain yang dimaksudkan, lalu lain pula yang ditanggap oleh pembaca atau pendengar. Bunyi yang hampir sama antara dua perkataan merupakan punca kita membuat pemilihan kata yang kurang tepat.
Bahasa Kiasan 23/06/2010 2:44pm
Bahasa Kiasan ialah ungkapan yang maknanya tidak diketahui daripada makna perkataan itu sendiri atau daripada susunan tatabahasanya. Dengan kata yang lain, maknanya tidak 100% oleh makna kata-kata dalam binaan bahasa kiasan tersebut. Dalam bahasa kiasan, sesuatu perkataan, frasa atau ayat mempunyai maksud yang berlainan dengan makna harfiah kata-kata yang membinanya.
Kata Ganda Berimbuhan 16/06/2010 5:14pm
KATA ganda berimbuhan ialah kata ganda yang memperoleh imbuhan, baik yang berupa awalan, akhiran, sisipan, atau apitan. Contohnya:
Karenah dan Kerenah 02/06/2010 12:41pm
PERNAHKAH anda mendengar atau membaca ayat contoh yang berikut ini?
Unsur Semantik 27/05/2010 11:39am
Kajian tentang makna (semantik) membabitkan hal-hal yang mujarad, seperti latar ujaran, intonasi, reaksi peserta dan sebagainya. Sesuatu perkataan mungkin berubah maknanya apabila diujarkan dalam suasana dan konteks yang berbeza. Analisis yang bersifat superstruktur diperlukan dalam menentukan makna sesuatu ujaran. Makna sesuatu perkataan itu ditentukan oleh konteks, misalnya kata haus membawa dua erti, iaitu licin pada tapak kaki, tayar kereta, atau dahaga.