Tentang Kami
 TENTANG KAMI

LATAR BELAKANG

Portal Pendidikan Utusan dibangun, diurus dan dikendalikan oleh Unit Pendidikan Utusan, Jabatan Pengarang, Utusan Melayu (M) Berhad, sebuah syarikat penerbitan terunggul di Malaysia dan telah disenaraikan di Papan Utama Bursa Malaysia.

Portal yang beroperasi sejak 2001 ini merupakan gerbang pendidikan elektronik berasaskan web percuma yang paling popular di Malaysia dengan purata kunjungan setiap bulan sehingga enam juta. Portal Pendidikan Utusan meliputi lebih 20 bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk semua peringkat iaitu peringkat Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di samping bahan-bahan tambahan untuk Prasekolah dan Prauniversiti.

Bahan-bahan di dalam eTuisyen dan Bank Soalan disediakan oleh sekumpulan guru jurulatih utama dan guru pakar dalam bidang-bidang masing-masing dan semua bahan yang disediakan mengikut format dan sukatan pelajaran terkini yang telah digariskan oleh Bahagian Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Manakala untuk bahan-bahan P&P Bestari pula disediakan oleh syarikat Telekom Smart School Sdn. Bhd. syarikat pemaju kandungan kursus yang dilantik oleh Kementerian Pelajaran Malaysia untuk keperluan Sekolah Bestari  di seluruh negara.

Selain membangun dan mengendalikan Portal Pendidikan Utusan, Unit Pendidikan Utusan juga menerbitkan akhbar sisipan pendidikan yang dinamakan ADaP untuk sekolah rendah (setiap hari Isnin) dan ADaP untuk sekolah menengah (Selasa dan Rabu untuk PMR & SPM) yang diterbitkan secara percuma bersama-sama akhbar Utusan Malaysia.

BELAKANG TABIR
 

Ketua Pengarang Kumpulan : Datuk Abdul Aziz Ishak
Penolong Ketua Pengarang : En. Othman Mohamad
Pengurus Jabatan Pengarang : En. Zaharuddin Mohd Ali
Penasihat Portal : Dr. Ismail Zain
     
Pengurus & Pengarang Pendidikan : Wahid Hashim
Penolong Pengarang Pendidikan : Azmy Mohamed
Eksekutif Pendidikan (Pemasaran) : Fauzi Hamdan
Eksekutif Reka Bentuk Web : Khairul Azmi Kamaludin
Pereka Letak & Grafik Web : Zulkifli Ahmad
Editor Kandungan : P. Jaya Shiva, Abdul Rahman Kamil, Rosnita Ramli & Saiful Hoesne
Wartawan : Mohd Fadzly Mohd Izab
Grafik DTP : Nik Hasmazi, Shida, Mahizan, Ila, Rose
Pelukis/Kartunis : Khazim, Shah, Maro, Fairul Hafiz
Data Entry : Aishah

DAFTAR MASUK
Nama Pengguna :  
Kata Laluan :
IKLAN@TUTOR
Elab
Pakej Pembelajaran Online
Utusan Online
USIK-USIK
CARIAN