Keperluan sistem komputer
   KEPERLUAN SISTEM KOMPUTER

Portal Pendidikan Utusan boleh diakses daripada mana-mana komputer yang menggunakan sistem pengoperasian Windows 95, 98, NT, 2000 atau Me yang mempunyai sambungan Internet. Bagaimanapun, untuk membolehkan anda menggunakannya secara lancar, beberapa keperluan sistem komputer yang asas perlu dipenuhi. Sila pastikan komputer anda memenuhi keperluan asas berikut:

1. Resolusi skrin 800x600 piksel dan warna 16bit (atau lebih tinggi)

Skrin komputer biasanya mempunyai beberapa pilihan resolusi seperti 640x480 piksel, 800x600 piksel, 1024x768 piksel dan sebagainya bergantung kepada keupayaan kad grafik dan monitor masing-masing. Skrin juga mempunyai beberapa pilihan warna seperti 16 Colors, 256 Colors, High Color (16bit) dan True Color (32bit).
Portal Pendidikan Utusan akan dapat dipaparkan dengan lebih jelas, kemas dan menarik sekiranya anda menentukan (setting) resolusi skrin kepada sekurang-kurangnya 800x600 piksel dan memilih warna High Color (16bit).
Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang bagaimana hendak membuat pilihan ini.

 

2. Perisian pelayar Internet Explorer versi 4.0 (atau lebih terkini)

Perisian Microsoft Internet Explorer adalah perisian pelayar yang diberikan percuma bersama-sama dengan sistem pengoperasian Windows 95, 98, 2000, Me, dan NT.
Anda masih boleh menggunakan perisian pelayar lain seperti Netscape Communicator, namun buat masa ini kami tidak menjamin keserasiannya.
Untuk mendapatkan perisian Internet Explorer versi terkini, sila klik pada ikon di bawah untuk memindah terima dan memasang perisian tersebut daripada komputer pelayan Microsoft.

Pindah terima versi terkini daripada tapak web Microsoft

 

3. Perisian pembaca dokumen Acrobat Reader versi 3.0 (atau lebih terkini)

Sebahagian daripada kandungan Portal Pendidikan Utusan khususnya Bank Soalan, Soalan Percubaan dan Rancangan Mengajar (untuk guru) menggunakan dokumen dalam format PDF (Portable Document Format). Format ini memerlukan satu perisian khas dikenali sebagai Adobe Acrobat Reader. Perisian ini diberi secara percuma.
Sila klik pada salah satu ikon di bawah untuk memindah terima perisian ini.

Pindah terima versi terkini terus daripada tapak web Adobe (8.6MB).

Pindah terima versi 4.0 (5.3MB)

Klik di sini untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang bagaimana hendak memindah terima dan memasang perisian Acrobat Reader.

 

4. Perisian Macromedia Flash Player

Beberapa bahagian kandungan Portal Pendidikan Utusan memerlukan perisian pelayar anda dilengkapi dengan perisian sokongan (plug-in) Macromedia Flash Player atau Macromedia Shockwave Player.
Perisian ini boleh dipindah terima dan dipasang secara percuma terus daripada tapak web Macromedia. Sila klik pada ikon di bawah untuk memindah terima perisian ini.

Flash Player iconMacromedia Flash Player
(0.2MB)
Shockwave Player iconMacromedia Shockwave Player
(merangkumi Flash Player)(3.4MB)

 

5. Perisian WinZip

Perisian WinZip adalah perisian yang digunakan untuk membuka fail-fail termampat dalam format ZIP. Beberapa bahagian tertentu Portal Pendidikan Utusan yang boleh dipindah terima perlu menggunakan perisian ini untuk membukanya.
Sila klik pada ikon di bawah untuk memindah terima WinZip versi 8.0 daripada tapak web WinZip.


WinZip 8.0 (1.2MB)

 

DAFTAR MASUK
Nama Pengguna :  
Kata Laluan :
IKLAN@TUTOR
Elab
Pakej Pembelajaran Online
Utusan Online
USIK-USIK
CARIAN